kalau follow tinggal link ya :)

Wednesday, January 26, 2011

Opocot Mak Kau! Melatah.Haa, ampa semua kuat melatah tak? :D

Kredit kepada beebo :)

Melatah.Rasanya tak perlu explain lagi lah melatah ni apa.Selalu jugak aku dengar orang melatah.Macam2 ragam. :D

Melatah paling common masa sekolah dulu, nak2 lagi kalau member main cucuk2 ketiak, keluarlah perkataan2 sopan macam "Oopps b*bi!", takpun, "Oh sh*t! Eh si*l!".Ish2, terbiasa mencarut, tu yang keluar semua tu.Tapi padan muka lah, sape suruh kau cari pasal, kan dah dapat maki orang.Velly good I tell you. :D

Kalau mak2 kita lak, lagi la macam2 diorang melatah.Hehe.Contohnya "Opocot mak kau!" "Opocot mak kau meletup!" Ada yang lagi hingar, kalau masa melatah tu dia pegang pisau, haa yang tu bahaya, dia terus libas pisau tu sebab termelatah.Jadi janganlah terperanjatkan dia.Nak marah pun, dia pun tak sedar, secara spontan dia sebut atau keluar semua tu.Nak buat macam mana kan.

Kadang2 aku terfikir, apa sebenarnya punca melatah ni.Aku rasa, maybe sebab dulu2 masa kita belum terbiasa melatah, kita rasa melatah tu unik, sebab kelakar bila tengok mak2 kita melatah, so automatic dalam kepala kita pun akan set nak ikut sebut something jugak bila terperanjat.Lama kelamaan, ia akan jadi kebiasaan, nak buang susah.Kalau setakat dengan famili, kawan2 rapat, tak kisah la.Tapi tak jadi masalah sangat pun melatah ni, cuma kadang2 kita sendiri malu lah kan bila dengan orang lain pulak.Takpe, orang tak ingat lama pun. :)

Oh, aku kalau melatah keluar ayat apa? "Opocot aku hemsem!".Haa rasa macam nak tampa je kan.Hahaha.Takdelah, kelentong gila.Aku kalau terperanjat aku "hish" je.Cover dengan cemerlang padahal tengah melatah tu. :P

Korang lak? Ada yang melatah? Meh2 la share experience. :D

10 comments:

niesz said...

bf niesz kuat melatah..hahahaha..klakar kan..

updated entry :pantun bukan nk cri gado,just nk bg info

faraulah said...

orang kata melatah ni keturunan..betul ke?

manggosteen said...

tol tu..dah biasa tgk org melatah..pastu kita pon terikut2..kadang2 saja je nak melawak..tapi bila dah selalu sgt jd terus..ahahaha

mR.sYaH said...

selalunya meber aku yg melatah ni sebab diaorg suka kacau org yg melatah.. pastu kena dorang balik.. aku kalau terkejut.. aku jadi terkesima.. diam jer..

FaizalSulaiman said...

melatah ni mcm tindak balas refleks , tekejut dengan mulut sekali bercakap. kadang2 dari yang buat2 terus jadik habit

wondering kenapa orang cina, india tak melatah

aku susa nak melatah.paling kuat akan tekejut.

niesz said...

niesz rase mcm da komen cni td..errmm..mmg xde ek?niesz ckp sal bf niesz kuat melatah..ekekeke..

IMANSHAH said...

hurm, melatah ni kalau dibuat2 pada asalnya esok2 jadi betol2..hehe

Amira Naddia said...

aku xpenah melatah weh...lau tekejot otomatik aku jd numb + xbernafas jap..
hehe..sopannye diriku ini..^^

faezah sudah... said...

zaki, sebab badan aku takde la kurus mana kan, so bila org cucuk nak bagi terkejut tu, xde la terkejut mane, hebat jadik org plum size mcm aku nih...hahaha ;p

Mohd Ridhuan said...

member laki aku ada gak melatah...
tapi sekarang dia dah kurang melatah
uhhuuhuh

Super TGB

Campus Mates