Friday, December 23, 2011

Melebih-lebih pulak orang sekarang ni bila kita dah bagi kerjasama

1. Kita tolong, tapi last2 kena marah.

Kerja sosial.Yup, kita mesti berbesar hati nak menolong. Kita nak tolong, dia demand itu ini, takpelah, tapi yang anginnya, bila tak sempat nak habiskan buat, dimarahnya kita.


Tempat yang aku pergi tu memang agak teruk gak weyh keadaan dia, kalau setakat cat baru je memang tak boleh, sebab dia punya tahap tu memang klien kena simen dulu dah, baru boleh cat.Kalau cat dinding baru tapi lantai pecah2, no point, lagi horrible.Tapi heran kenapa dia tak nak simen, maintain tempat tu.Nak kata tak mampu, tadika tu mahal beb yuran dia.

10 tahun lepas ade la group kerja sosial ni buat kerja sosial kat tadika tu, and, 10 tahun lepas tu je la tempat tu ada orang cat, lepas tu takde dah.Takde masalah, tapi 10 tahun lepas tu, bila kita nak tolong barulah dia rasa nak buat maintenance, and then marah2 kita bila itu ini terkurang?

Ada la silap2 yang aku dengan group aku buat, tapi entahlah, orang cuma nampak kekurangan, effort kita semua ditendang tepi, itu la ini la, macam2.Yang group 10 tahun lepas tu ambik masa 5 hari siapkan kerja yang kitorang buat dalam tempoh 8 jam ni.Kitorang tak penat, cuma harapkan kepuasan hasil kerja, tapi entahlah.

Lesson learnt bila buat kerja2 ni:

- Kena set limit of expectation klien tu.Dia nak itu ini, kita jangan nak layankan je semua sekali.Tup2 hari hujan, itu kena tunggu kering, last2 tak sempat siap, dimarahnya kita.Sambung hari lain tak boleh, kita ada komitmen lain pulak, final exam pun next week.

- Mulut orang ni bila kita tengah menolong dia bukan main manis lagi. "Susah kan awak semua mengecat, sampai berpeluh2.Bibiiikkk!! Ambikkan air bagi kat budak2 ni!".Tapi bila kat belakang, dimarahnya kita, itu kurang ini kurang.Pekerja dia yang bagitau semua ni kat aku.

Conclusion nya, kitorang bukan Doraemon, tingggg semua boleh siap.

2. Buat kerja kahwin dalam kemarahan jiran-jiran lain.

Rumah teres, rumah sebelah2 lah kan.Aku dengan jiran2 lain dapat notis daripada jiran sorang ni nak mintak kerjasama dia nak buat kerja kawen hari Ahad ni.Kertas notis warna kuning bai, top priority.Haha.No hal, boleh, tapi:

- Jangan lah kau pergi pasang balai banyak2 tengah jalan tu 4 hari sebelum majlis (Khamis). 2 hari sebelum tu cukup lah.Ini aku balik kelas dah penat2, tengok2 kereta dah tak boleh thru.Notis nak pasang balai hari Khamis tu pun takde.

- Jangan lah pasang meja kerusi semua terus, nanti2 la.Nasib depan rumah aku khemah kecik tempat dia letak pintu gerbang pengantin agaknya, tapi payah gak nak keluarkan kereta. sebab tiang balai rapat2, takde turning.Rumah orang lain, bukak pagar je terus meja makan.Pasanglah sehari sebelum majlis tu bang, bukan 3 hari sebelum.

- Bincang2 minum ayaq kopi takdak, bagi ayaq kosong pun takdak, tup2 'sila bagi kerjasama'.Ewah?

Tapi serius la kan, orang sekarang ni, memang takde cara langsung nak mintak kerjasama orang.Bagi notis, lepas tu ikut suka di hati dia je nak buat ape.Tadi jiran aku yang selang sebelah rumah tuan pengantin tu memang bengkek je muka dia masa kitorang parking kete kat hujung simpang.Adui, kerja kahwin majlis agama, tapi jangan lah buat orang lain marah ye.

Konklusi dia, aku penat dengan orang2 yang selfish sekeliling aku ni.Hanya penjual ikan je yang boleh pentingkan diri ye kawan2, sebab dia 'sell-fish'.Urgh, lame... -.-'

2 comments:

FaizalSulaiman said...

hehehe..ok pernah lihat stuasi ni di umah sepupu masa dia kahwin.mujur dia pasang balai sehari sebelum dan setting meja malam sebelum esoknya dia berkahwin.

susa kawen kat umah mcm style mcm ni.memang kena berbudi berbahasa dengan jejiran kan.

nanti ko kawen kat hotel jelah.hehehehe

(mujur umah aku besar laman rumah nya)hehehehehe

Muhamad Zaki Zafir said...

sehari sblm kita fhm bro,tp 4 hari sebelum tu yg xthn.haha.tp itulah,kena bercara jgk ble mntk kt org kan.

bro,laman rumah besar2 tu,bila majlisnya? :D

Super TGB

Campus Mates