Macam mana nak kasi center ini kotak? Anyone? -.-'
Cameron Highlands ni tempat yang best untuk kita release tension kejap sebab tempat yang hijau, sejuk, hati pun sejuk, tenang, damai.Cuma kereta tu kena servis elok2 lah ya especially gearbox, kalau tak tempat sejuk pun hati memang tak tenang.Haha. :D
Oh ya jangan terpedaya dengan jual-jual madu tualang asli la pe la, kat sini ke kat mana-mana ke.Madu tualang sebotol besar tapi harga belas-belas ringgit je? Kalau simpan dalam fridge then tengok ada layer putih kat bawah madu tu, itu gula.Mmm better aku share je la sikit tips cara nak tau madu asli ke tak.
Madu ni satu benda semula jadi yang makhluk Allah iaitu lebah dan keluarganya buat.Benefit dia sangat banyak, tapi kalau dah campur gula, jadi penyakit dah, bukan ubat lagi.Badan sakit, hati pun sakit sebab kena tipu.Kat Cameron ni dah berapa kali kena jugak lah dengan madu campur gula ni.So antara cara yang boleh kita pakai:
1. Masa beli tu tengok harga pun dah tau.Murah tak semestinya ori, sebab madu tualang ni atas pokok tualang yang tinggi berpuluh-puluh kaki nak kena panjat kat dalam hutan tebal secara beramai-ramai satu kumpulan pemanjat.Satu sarang boleh dapat dalam 20-30 botol, so kalau caj belas-belas, dapat ke cover kos penat lelah tu, even nak bahagi ramai-ramai satu group pun tak dapek la yob.Kalau harga sebotol dalam RM70-80, even beratus pun ada, baru yakin sikit.
Kadang-kadang kesian tengok diorang kehulu-kehilir jinjit botol madu belas-belas ringgit ni.But, but, anda mahu saya kesian, tapi anda sudah tipu saya, so? :-)
2. Air gula akan merebak kalau kita titik atas kertas surat khabar.So, mintak dia try titik sikit la before beli tu.Tak banyak pun, setitik je.Titik sekali, memang susah nak nampak, tapi try terbalikkan kertas tu, tengok belakang titik madu.Kalau basah menyerap lepas tu merebak, itu la dia air gula.Ini tips yang aku dapat dari TV.
Apa yang penting, muka kena confident bila buat ni.Dia tengok kita confident je, terus dia tak nak bagi.Ye lah, kantoi. :D
Yang lain-lain cara, no point, sebab bila kat rumah baru kita boleh confirmkan, bukan sebelum beli.Macam letak dalam fridge then tengok layer putih gula tu, lepas tu kalau dah lama tak bukak botol bila kita bukak dengar bunyi "Popp!!".Tapi try la dua cara kat atas tu, InsyaAllah boleh dapat. :)
p/s: Mak aku beli madu sikit je dah seratus ringgit lebih, jiran lama tauke jamu yang jual.Pekat, likat, pakai sudu baru boleh makan.So belas-belas tapi sebotol, berair-air? Tipu lah.







3 comments:
wah, baru discuss pasal benda ni dengan my friend. "camne nak bezakan madu asli ngan madu tipu?" tup tup ada kat sini... hmmm, dan solution kitorang adalah, beli dulu pastu tengok madu tu dihurung semut tak? kalau kena hurung, sah bukan asli...
tapi duit habis arr kalau solusi yg begitu. :P
yeah so true. tak mungkin la madu tualang tapi harga belas2 je.
oh, new tips ni. havent heard lagi yg letak ats paper tuh.
good information..tq..hehe
sebab ak nk g cameron ujg bln ni..klo jd
Post a Comment